TEMPAHAN

Cara Membuat Tempahan Pakej Umrah

Bagi anda yang berhasrat untuk mengerjakan umrah dengan mengikuti pakej-pakej umrah & ziarah yang disediakan oleh pihak Tiram Travel Sdn. Bhd. , anda boleh membuat tempahan untuk diri anda dan juga orang lain dengan cara yang sangat mudah. 

  1. Lihat pada jadual pakej-pakej umrah & ziarah yang ada di blog ini dan pilih tarikh yang anda inginkan.
  2. Maklumkan kepada saya sama ada melalui telefon atau pun e-mel terus ke alamat e-mel saya yang terdapat di bahagian sebelah kanan blog ini untuk memastikan sama ada tarikh yang anda pilih mempunyai kekosongan jemaah.
  3. Saya akan maklumkan kepada pihak anda sama ada tarikh tersebut masih mempunyai kekosongan jemaah atau pun telah penuh.
  4. Sekiranya tarikh yang anda pilih telah penuh, saya akan mencadangkan tarikh-tarikh yang lain yang masih kosong untuk pihak anda membuat pertimbangan.
  5. Bagi tarikh yang telah disahkan terdapat kekosongan jemaah dan anda telah bersetuju untuk pergi mengerjakan umrah bersama pihak Tiram Travel Sdn. Bhd. pada tarikh tersebut, anda perlu melakukan langkah-langkah ini :
      • Bank-in sebanyak deposit ke akaun Tiram Travel Sdn. Bhd. sebanyak RM300.00 (pakej biasa) atau RM500.00 (pakej cuti sekolah).
      • Bayaran penuh perlu dijelaskan 50 hari sebelum tarikh berlepas.
               No. Akaun Tiram Travel Sdn. Bhd. ;         Maybank   :  551016204062
                                                                               Bank Islam :  01014010026756
      • E-melkan slip bank yang menunjukkan anda telah bank-in duit tersebut ke dalam akaun Tiram Travel Sdn. Bhd. beserta salinan kad pengenalan diri jemaah yang akan pergi dan no. telefon waris yang berada di Malaysia (nyatakan hubungan anda dgn waris tersebut).

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN 50 HARI SEBELUM TARIKH BERLEPAS

1. PASPORT
    Pasport antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku melebihi 6 bulan pada tarikh     berlepas serta mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.

2. SIJIL SUNTIKAN PELALIAN MENINGOCOCCAL / MENINGITIS ACYW -135

3. SIJIL NIKAH
    Bagi wanita yang bermahramkan suami, salinan sijil nikah yang diserah perlu      disahkan oleh Jabatan Agama di daerah masing-masing.

4. SIJIL LAHIR
    Bagi wanita di bawah umur 45 tahun & lelaki di bawah umur 18 tahun yang      bermahramkan bapa, salinan sijil lahir yang diserahkan perlu disahkan oleh Jabatan     Pendaftaran Negeri di daerah masing-masing.

5. GAMBAR VISA
    Jemaah perlu menyerahkan 3 keping gambar berukuran 6cm X 4cm yang berlatar      belakangkan warna putih.

NOTA:
*Setiap wanita di bawah umur 45 tahun & lelaki di bawah umur 18 tahun perlu pergi bersama mahram terdekat.
*Anak angkat, anak tiri, dan jemaah yang bermahramkan datuk tidak diterima

No comments:

Post a Comment